Thursday, July 24, 2014

Khamis

assalammualaikum W.b.t semua..hari ni hari khamis,,,mungkin ramai diantara anda tertanya2 apakah title khamis membawa maksud?anda pasti masih ingat diwaktu kecil ketika sampai hari khamis ramai diantara kita akan pergi ke masjid tidak sabar untuk menemui teman2 dan menjamah juadah yang ada dihari khamis,khamis adalah malam jumaat..malam diamana ketika kecil amat saya nanti-nantikan malam jumaat kerana pada keesokan harinya adalah hari jumaat maknanya sudah dekat pada cuti hujung minggu.. :)kini hari khamis membawa erti yang baru didalam hidup saya...sedar tidak sedar sudah puluh tahun telah berlalu...dalam sekelip mata masa yang berlalu dirasakan amat pantas sekali..apa2pun sy ingin mengucapkan kepada anda semua..selamat menyambut bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba,bai mereka yang sudah pulang kekampung halaman berhati2 lah dijalan raya jangan lupa untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan.semoga dengan masa yang berlalu pantas ini memberi manfaat kepada kita untuk menjadi insan yang berguna dan lebih baik dimasa ak
an datang.

Tuesday, July 8, 2014

kehidupan

Assalammualaikum W.B.T semua..harap anda semua berada dalam keadaan baik dan sihat hendaknya..saya pasti ramai dikalangan anda tertanya-tanya apakah perkara yang paling baik dalam kehidupan ini?adakah berupa wang?nama dan pangkat ataupun darjat?apa yang saya rasakan adalah kehidupan yang bahagia dan selesa...apa itu kehidupan yang bahagia dan selesa?mungkin ramai diantara kita yang mengiginkan harta,kekayaan kesenangan namun itulah bukanlah kehidupan yang terbaik.pada saya kehidupan yang terbaik adalah apabila kita bersyukur dan berasa senang dengan apa yang kita ada tanpa perlu mengharapkan atau meminta minta dari sesiapa selainNya kerana dialah yang maha kaya,maha berkuasa,maha pemurah dan maha penyayang.jadi untuk apa kita kejarkan apa yang didunia ini dengan menggadaikan apa yang bakal kita terima nanti.bukankah hidup sederhana itu lebih baik?pada saya semakin kurang saya ada semakin banyak yang saya peroleh.saya sentiasa berpegang pada perinsip tidak perlu memiliki apa yang kita ingini,tetapi penuhilah apa yang kita perolehi...

Saturday, July 5, 2014

Assalammualaikum W.B.T selamat pagi

pagi yang indah syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan hari yang indah ini.kepada anda semua diluar sana apakah anda pernah merasakan bahawa kadang kala hidup anda kelihatan sempit seakan tiada jalan keluar dengan berbagai masalah yang melanda.masalah keluarga,masalah kerja,masalah peribadi,masalah dan masalah yang tiada kesudahan.namun tahukah anda hidup yang tiada masalah adalah hidup yang mustahil sebenarnya.dalam hidup kita memang perlukan masalah kerana masalah mematangkan kita,mendewasakan kita dan mengajar kita banyak perkara yang mungkin kita takkan tahu sebelum ini.sy percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada hikmahnya.walau apapun yang terjadi hidup mesti diteruskan dan harus memandang kedepan memuhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.luangkanla masa untuk mengigatiNya dikala susah dan senang agar kita selalu didalam pelindunganNya Amin....










Assalammualaikum W.B.T



masalah itu bukanlah masalah hingga bagaimana cara kita menangani masalah itu....

Thursday, July 3, 2014

3.52 AM Friday 4 july cuaca 26 celcius

Assalammualaikum..Hehe title..saya copy bulat2 apa yang ada dalam telifon..hehe..suhu malam yang hening,saya terjaga dari tidur sambil menikmati asap rokok dan menikmati keindahan malam yang sunyi sepi..keadaan amat sesuai untuk berkarya..dalam kesunyian ini dapat kita menikmati panorama keindahan alam semula jadi..memuhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik,kadang2 dalam kehidupan ini kita memang memerlukan saat bersendirian untuk memuhasabah diri untuk menilai kehidupan yang telah kita lalui selama ini..apakah kita telah melakujan yang terbaik atau kita sekadar menjalani kehidupan begitu saja.jika kita perhatikan kita sering menyesali dengan perbuatan yang tidak kita ambil atau perbuatan yang kita sudah lakukan.kita terlalu risau akan masa depan dan masa lalu tapi kita lupa apa yang lebih penting adalah masa sekarang,kerana kita tidak boleh mengubah masa lalu dan kita tidak tahu tentang masa depan apa yang kita boleh ubah adalah masa sekarang kerana masa depan tidak dijanjikan tapi waktu sekarang yang akan menentukan masa depan..saya terlalu memikirkan masa depan sehingga saya lupa tentang masa sekarang,kini saya tekad untuk memanfaatkan dengan sebaiknya masa sekarang akan saya tidak akan menyesal dimasa hadapan..segala pujian hanya bagi Allah S.W.T tuhan sekalian Alam tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T dan hanya Allah S.W.T yang mengetahui apa yang bakal terjadi cukuplah Allah sebagai pelindung kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung..selamat pagi dan jumpa lagi..

Wednesday, July 2, 2014

PERNIAGAAN

Assalammualaikum w.b.t semua..siapa suka dengan perniagaan?suka tak anda dengan berniaga bekerja sendiri?apa itu perniagaan?apakah yang kita dapat dengan berniaga?pada pandangan saya perniagaan ini adalah satu pekerjaan yang baik..yang dimana dapat menjana kewangan dan membuatka kita lebih bijak dalam merancang dan menguruskan kewangan serta mengawal disiplin diri dan hawa nafsu dari menjadi orang yang boros..perniagaan mampu mendidik kita menjadi insan yang lebih cemerlang dalam menguruskan belanja harian dan pengeluaran wang.perniagaan juga mampu memberikan satu kepuasan kepada diri kita sendiri dan mngelakkan kita dari curi tulang..andai perniagaan itu perniagaan kita maka pada saya tiadalah istilah curi tulang atau memakan gaji buta..kita dapat apa yang kita usahakan,jika banyak maka banyaklah yang kita dapat.jika sikit maka sikitlah yang kita dapat..didalam zaman yang serba moden ini memberi kita peluang yang lebih meluas untuk menjalankan perniagaan terutama perniagaan yang menggunakan internet,laman social dan sebagainya..dengan hanya sekali klik kita mampu mengiklankan perniagaan ke ribu,ratusan mungkin berjuta orang untuk melihat produk yang dijual dan perniagaan yang dijalankan tidak kira apapun perniagaan yang anda ceburi mulalah dari hari ini dan jangan berhenti putus asa sehingga anda berjaya..bukankah perniagaan itu 9 dari 10 pintu rezeki?gunakanlah laman jaringan dan sesawang dengan sebaiknya..

Tuesday, July 1, 2014

habbatus sauda

assalammualaikum semua..apa yang anda tahu tentang habbatus sauda?pernakah anda mencuba mengamalkan makanan berkhasiat yang diamalkan rasullullah s.a.w ini?saya terdetik dihati untuk mencuba makanan sunnah yang berkhasiat ini pada bulan ketika ini..saya dapat merasakan dengan mengamalkan makanan ubat ini dapat menjadikan saya seorang insan yang lebih berguna dan baik dari sebelum-sebelumnya..mari kita sama2 cuba makanan sunnah sambil menjaga kesihatan kita sambil dapat pahala..