Tuesday, April 28, 2015

Merantau

assalammualaikum semua...malam ni saya hendak menceritakan kepada anda semua tentang merantau.apakah anda semua pernah merasa hendak merantau ke pelusuk dunia atau tempat-tempat yang tidak pernah anda pergi?pasti anda pernah mempunyai mimpi untuk merantau ke suatu tempat yang baru yang anda tidak dikenali atau pernah merasai suasananya yang menterujakan anda dan akan memberi anda satu pengalaman yang baru dan berharga.saya juga mempunyai impian dan harapan seperti itu.saya teringin sekali untuk merantau ke satu tempat yang asing yang belum saya jejaki atau merasai suasananya.saya impikan untuk menjelajah dunia bagi mengenal erti kehidupan ini dari persepsi yang berbeza.demi untuk mencapai cita-cita itu saya haruslah mengorak langkah dari masa kini agar semuanya tersusun rapi dan menjadi seperti apa yang diingini.

Friday, April 24, 2015

Assalammualaikum W.B.T semua..dalam hidup ni kita pasti pernah terperangkap dalam kekeliruan untuk membuat keputusan dikala waktu susah dan tertekan.Diwaktu ini jalan yang terbaik adalah meminta pertolongan pada Allah S.W.T agar kita dapat membuat keputusan yang betul.

kadang-kala dunia ini membuat kita keliru sama ada kita harus mengikut arus moden yang telah tercemar atau berdiri dalam kebenaran yang ia pahit untuk ditelan.

Akan tetapi ingatlah walau apapun yang terjadi kita harus dahulukan pandangan Allah S.W.T tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.Kerana Allah S.W.T menentukan segalanya dan yang Maha Berkuasa keatas segala-galanya dan hanya kepadanyalah kita meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan.Kerana Dialah satu-satunya tempat untuk kita berharap.

Dialah yang sentiasa ada untuk hamba-hambanya tidak kira masa dan tempat.ingatlah kita harus sentiasa berpegang teguh kepada kebenaran meskipun ia akan mengancam kedudukan atau kepentingan kita didunia.Kerana kebenaran akan membawa kepada kebaikan,manakala kemungkaran akan membawa kepada kehancuran dan penyesalan....Allahhuakkbar!!!

Monday, April 20, 2015

TERDESAK

Assalammualaikum w.b.t semua.siapa diantara anda yang pernah rasa terdesak dalam hidupnya?dalam satu saat dalam hidup seorang manusia pasti pernah berasa amat terdesak yang mungkin disebabkan oleh persekitaran,keadaan sekeliling,masalah keluarga,kewangan dan sebagainya.

pada ketika saat itu tiba pasti kita berasakan dunia ini seakan-akan amat sempit dan susah.keadaan itu menyebabkan seseorang mungkin hilang pertimbangan dan melakukan perkara-perkara yang mungkin akan menjerumuskan diri kepada penyesalan.

namun sedarkah kita ketika berlalunya masa terdesak kita berasa lega,senang dan lapang seakan-akan satu kelapangan dan kelegaan dan membuat kita rasa bersyukur kepadaNya yang telah melindungi hambanya selama ini.pada anada semua yang berada diluar sana yang mungkin sedang merasakan kesusahan atau sedang diduga JANGAN SEKALI-KALI PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T yakinlah kepadanya kerana setiap yang kita hilang pasti akan digantikan oleh Allah S.W.T dengan sesuatu yang lebih baik.dalam kita tidak sedar mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita.

dansesuatu yang kita tidak suka itulah yang baik sebenarnya untuk kita.sedangkan kita tidak mengetahuinya.ingatlah bahawa Allah S.W.T yang Mahabijaksana,Mahamengetahui segala-galanya.yakinlah pada Allah S.W.T keatas segala-galanya dan bertakwalah kepadaNYA serta bersyukur diatas segala kurniaan yang ia telah berikan.

kerana Allah S.W.T akan menambah nikmatNYA kepada hamba-hambanya yang bersyukur..syukurlah wahai saudaraku..masanya telah tiba bagi orang-orang beriman untuk kusyuk mengingati tuhaNYA.dan ingat JANGAN SEKALI-KALI PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T