Thursday, November 6, 2014

AMARAH


Assalammualaikum W.B.T semua..kemarahan..siapa disini pernah merasa marah?kemarahan atau marah atau berasa hilang kawalan dalam menimbang sesuatu hal akibat dari api kemarahan atau gangguan emosi marah yang berlebihan sehingga menjejaskan pertimbangan dan menyebabkan keluarnya perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan.munkin dikala ketika marah kita tidak mampu mengawal perbuatan,pertimbangan dan perkataan kita.tanpa kita sedari kita telah mengeluarkan atau melakukan sesuatu yang akan menyebabkan kita mnyesal dikemudian hari.amarah adalah adalah sifat yang tidak baik namun bergantung kepada sekala dan juga perkara dan atas dasar apa kemarahan atau amarah itu terjadi.pada pendapat saya amarah dan marah itu perlu ada dalam diri seseorang namun bergantung dan melihat kepada apa dan bagaimana keadaan itu memerlukan dan perlukah kita marah sehingga membuat sesuatu yang diluar norma manusia seperti melakukan sesuatu atau mengatakan sesuatu yang akan mengguris hati dan perasaan atau memudaratkan seseorang lain.itu adalah salah dan amarah seperti itu adalah amarah yang tidak patut ada dalam diri kita.amarah yang dimaksudkan disini adalah amarah dan benci akan sesuatu hanya didalam hati seperti marah dan benci melihat perlakuan manusia yang telah sifat perikemanusiaanya yang membunuh tanpa sebab,mendera,menyeksa dan menindas dengan zalim keatas umat ISLAM di seluruh dunia ini yang semakin hari semakin kejam dan bersifat kebinatangan terhadap nyawa yang tidak berdosa.

Monday, August 18, 2014

Alhamdulillahhirobbilalamin....

segala pujian hanya bagi Allah S.W.T tuhan seluruh alam yang telah memberikan saya petunjuk pada pagi ini dan telah mengizinkan hambanya ini untuk memujiNYA.sedang saya melayari2 laman social saya telah terjumpa dengan video seorang ustaz bercerita tentang kehilangan surah didalam Al-Quran yang terjadi ditempat-tempat di malaysia.apa yang mengejutkan adalah setiap surah yang hilang adalah surah Al-Kahfi iaitu surah yang boleh melindungi kita dari fitnah dajal dengan izin Allah S.W.T.ustaz itu menasihat agar sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan bacaan sepuluh ayat terawal surah Al-Kahfi iaitu ayat 1-10 dan sepuluh ayat terakhir iaitu ayat 100-110 surah Al-Kahfi agar dapat melindungi kita dari fitnah dajal di zaman akhir zaman ini,dengan ini saya sebagai hamba Allah S.W.T dan saudara sesama Islam anda menyampaikan agar sudah tiba masanya kita sedar dan mulalah beramal sebelum terlambat.moga-moga kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dengan rahmat Allah S.W.T di akhir zaman ini.assalammualaikum w.b.t.....

Thursday, July 24, 2014

Khamis

assalammualaikum W.b.t semua..hari ni hari khamis,,,mungkin ramai diantara anda tertanya2 apakah title khamis membawa maksud?anda pasti masih ingat diwaktu kecil ketika sampai hari khamis ramai diantara kita akan pergi ke masjid tidak sabar untuk menemui teman2 dan menjamah juadah yang ada dihari khamis,khamis adalah malam jumaat..malam diamana ketika kecil amat saya nanti-nantikan malam jumaat kerana pada keesokan harinya adalah hari jumaat maknanya sudah dekat pada cuti hujung minggu.. :)kini hari khamis membawa erti yang baru didalam hidup saya...sedar tidak sedar sudah puluh tahun telah berlalu...dalam sekelip mata masa yang berlalu dirasakan amat pantas sekali..apa2pun sy ingin mengucapkan kepada anda semua..selamat menyambut bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba,bai mereka yang sudah pulang kekampung halaman berhati2 lah dijalan raya jangan lupa untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan.semoga dengan masa yang berlalu pantas ini memberi manfaat kepada kita untuk menjadi insan yang berguna dan lebih baik dimasa ak
an datang.

Tuesday, July 8, 2014

kehidupan

Assalammualaikum W.B.T semua..harap anda semua berada dalam keadaan baik dan sihat hendaknya..saya pasti ramai dikalangan anda tertanya-tanya apakah perkara yang paling baik dalam kehidupan ini?adakah berupa wang?nama dan pangkat ataupun darjat?apa yang saya rasakan adalah kehidupan yang bahagia dan selesa...apa itu kehidupan yang bahagia dan selesa?mungkin ramai diantara kita yang mengiginkan harta,kekayaan kesenangan namun itulah bukanlah kehidupan yang terbaik.pada saya kehidupan yang terbaik adalah apabila kita bersyukur dan berasa senang dengan apa yang kita ada tanpa perlu mengharapkan atau meminta minta dari sesiapa selainNya kerana dialah yang maha kaya,maha berkuasa,maha pemurah dan maha penyayang.jadi untuk apa kita kejarkan apa yang didunia ini dengan menggadaikan apa yang bakal kita terima nanti.bukankah hidup sederhana itu lebih baik?pada saya semakin kurang saya ada semakin banyak yang saya peroleh.saya sentiasa berpegang pada perinsip tidak perlu memiliki apa yang kita ingini,tetapi penuhilah apa yang kita perolehi...

Saturday, July 5, 2014

Assalammualaikum W.B.T selamat pagi

pagi yang indah syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan hari yang indah ini.kepada anda semua diluar sana apakah anda pernah merasakan bahawa kadang kala hidup anda kelihatan sempit seakan tiada jalan keluar dengan berbagai masalah yang melanda.masalah keluarga,masalah kerja,masalah peribadi,masalah dan masalah yang tiada kesudahan.namun tahukah anda hidup yang tiada masalah adalah hidup yang mustahil sebenarnya.dalam hidup kita memang perlukan masalah kerana masalah mematangkan kita,mendewasakan kita dan mengajar kita banyak perkara yang mungkin kita takkan tahu sebelum ini.sy percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada hikmahnya.walau apapun yang terjadi hidup mesti diteruskan dan harus memandang kedepan memuhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.luangkanla masa untuk mengigatiNya dikala susah dan senang agar kita selalu didalam pelindunganNya Amin....










Assalammualaikum W.B.T



masalah itu bukanlah masalah hingga bagaimana cara kita menangani masalah itu....

Thursday, July 3, 2014

3.52 AM Friday 4 july cuaca 26 celcius

Assalammualaikum..Hehe title..saya copy bulat2 apa yang ada dalam telifon..hehe..suhu malam yang hening,saya terjaga dari tidur sambil menikmati asap rokok dan menikmati keindahan malam yang sunyi sepi..keadaan amat sesuai untuk berkarya..dalam kesunyian ini dapat kita menikmati panorama keindahan alam semula jadi..memuhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik,kadang2 dalam kehidupan ini kita memang memerlukan saat bersendirian untuk memuhasabah diri untuk menilai kehidupan yang telah kita lalui selama ini..apakah kita telah melakujan yang terbaik atau kita sekadar menjalani kehidupan begitu saja.jika kita perhatikan kita sering menyesali dengan perbuatan yang tidak kita ambil atau perbuatan yang kita sudah lakukan.kita terlalu risau akan masa depan dan masa lalu tapi kita lupa apa yang lebih penting adalah masa sekarang,kerana kita tidak boleh mengubah masa lalu dan kita tidak tahu tentang masa depan apa yang kita boleh ubah adalah masa sekarang kerana masa depan tidak dijanjikan tapi waktu sekarang yang akan menentukan masa depan..saya terlalu memikirkan masa depan sehingga saya lupa tentang masa sekarang,kini saya tekad untuk memanfaatkan dengan sebaiknya masa sekarang akan saya tidak akan menyesal dimasa hadapan..segala pujian hanya bagi Allah S.W.T tuhan sekalian Alam tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T dan hanya Allah S.W.T yang mengetahui apa yang bakal terjadi cukuplah Allah sebagai pelindung kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung..selamat pagi dan jumpa lagi..

Wednesday, July 2, 2014

PERNIAGAAN

Assalammualaikum w.b.t semua..siapa suka dengan perniagaan?suka tak anda dengan berniaga bekerja sendiri?apa itu perniagaan?apakah yang kita dapat dengan berniaga?pada pandangan saya perniagaan ini adalah satu pekerjaan yang baik..yang dimana dapat menjana kewangan dan membuatka kita lebih bijak dalam merancang dan menguruskan kewangan serta mengawal disiplin diri dan hawa nafsu dari menjadi orang yang boros..perniagaan mampu mendidik kita menjadi insan yang lebih cemerlang dalam menguruskan belanja harian dan pengeluaran wang.perniagaan juga mampu memberikan satu kepuasan kepada diri kita sendiri dan mngelakkan kita dari curi tulang..andai perniagaan itu perniagaan kita maka pada saya tiadalah istilah curi tulang atau memakan gaji buta..kita dapat apa yang kita usahakan,jika banyak maka banyaklah yang kita dapat.jika sikit maka sikitlah yang kita dapat..didalam zaman yang serba moden ini memberi kita peluang yang lebih meluas untuk menjalankan perniagaan terutama perniagaan yang menggunakan internet,laman social dan sebagainya..dengan hanya sekali klik kita mampu mengiklankan perniagaan ke ribu,ratusan mungkin berjuta orang untuk melihat produk yang dijual dan perniagaan yang dijalankan tidak kira apapun perniagaan yang anda ceburi mulalah dari hari ini dan jangan berhenti putus asa sehingga anda berjaya..bukankah perniagaan itu 9 dari 10 pintu rezeki?gunakanlah laman jaringan dan sesawang dengan sebaiknya..

Tuesday, July 1, 2014

habbatus sauda

assalammualaikum semua..apa yang anda tahu tentang habbatus sauda?pernakah anda mencuba mengamalkan makanan berkhasiat yang diamalkan rasullullah s.a.w ini?saya terdetik dihati untuk mencuba makanan sunnah yang berkhasiat ini pada bulan ketika ini..saya dapat merasakan dengan mengamalkan makanan ubat ini dapat menjadikan saya seorang insan yang lebih berguna dan baik dari sebelum-sebelumnya..mari kita sama2 cuba makanan sunnah sambil menjaga kesihatan kita sambil dapat pahala..

Sunday, June 29, 2014

assalammualaikum..selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak

assalammualaikum...ku mengharapkan ramadhan kali dapat kulalui dengan sempurna..ke mengharapkan  ramadhan kali ini penuh makna..tak inginku biarkan ramadhan berlalu begitu saja..apa khabar semua...harap anda semua sihat dan kuat..semoga ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan sempurna dan dapat kita manfaatkan dengan sepenuhnya..semoga dengan tibanya bulan yang mulia ini dapat kita menjadi insan yang lebih baik dan berguna dari sebelumnya...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK...

Monday, June 23, 2014

assalammualaikum w.b.t semua..

siapa yang minat makan dan minum makanan kurma,madu,habbatus sauda,susu dan makanan2 sunnah yang lain..sy sebenarnya nak bercerita tentang makanan2 dan minuman2 ni semua..sepanjang sy hidup sy brsyukur kerana telah dikurniakan selera kepada makanan makanan yang sihat..sy sentiasa menyukai makanan2 yang berkhasiat walaupun makanan itu pahit atau mungkin tidak sedap..sy rasa mungkin sy ad penyakit obses dengan sesuatu yang sihat..kerana sy rasa kesihatan ini amat kita perlukan dalam hidup untuk menjalani kehidupan yang maksimum dan berkualiti..sy merupakan seorang perokok tegar dan penjaga malam,dalam hidup sy 2 perkara inilah yang menjadi tabiat tidak sihat sy yang sy amalkan sampai sekarang..tapi percayakah anda segala2galanya bermula dari dan apa yang anda masukkan didalam perut itulah yang akan membentuk kepereibadian,perwatakan,kekuatan dan juga kesihatan anda..sy percaya kepada rasullullah s.a.w bahawa setiap apa yang dilakukannya adalah terbaik untuk dicontohi manusia,ia adalah contoh yang terbaik dan buktinya dapat sy lihat sepanjang puluhan tahun hidup sy dimuka bumi ini..dengan menjaga makanan kita mampu mengawal nafsu,tubuh badan,kecergasan,kesihatan dan kekuatan tubuh..semakin sy besar semakin sy nampak kaitan dan bukti dari akibat pemakanan..percayakah anda andai sy katekan berlapar boleh memberi seribu satu kebaikan pada tubuh bdadan,mental,fizikal,dan akal anda dengan kesan yang hampir serta merta..jika anda tidak percaya dengan apa yang sy katakan ini cubalah perbanyakkan berlapar dan dahaga dan makanlah mengikut apa yang dimakan oleh rasullullah s.a.w kesan amatlah drastik pantas dan tiada keburukan dari amalan itu..ia adalah cara kehidupan yang terbaik...sy amat yakin andai kita amalkan apa yang diamalkan rasullullah s.a.w kita akan menjadi insan yang genius,kuat,dan tabah serta sabar..sy cabar anda supaya makanlah dengan amat sedikit dan makanlah ap yang rasullullah s.a.w makan dan anda dapat lihat kesanny..susah untuk semuanya disini tapi dr berlapar sy dapat merasa ketenangan yang amat sangat,kekuatan,kesabaran,kecerdikan,kecerdasan dan berlapar adalah ubat terbaik mematikan nafsu dan menyembuhkan penyakit sy dan ap yang sangat hebat ia berkesan dalam jangka masa yang amat pendek yang anda boleh lihat hanya dalam masa beberapa hari disamping menjimatkan perbelanjaan,mengelakkan keborosan,mematikan nafsu,menguatkan badan tidak sy hendak mengatakan percalah ap yg sy katakan ini...kurangkan makan,kurangkan tidur dan makan ikut sunnah dan anda akn kurang melakukan perkara2 yg tidak bermanfaat..sedikit rutin harian sy yg sy ingin kongsikan..bangun seawal 4.30 pg dan mandi,jam 5 pg sy sarapan 2biji telur rebus dan sekeping roti segelas susu,jam 12 makan beberapa buah dan roti serta skotak susu,jam 7 sebelum maghrib roti dan susu kadang sy akn makan ayam atau ikan tapi makan hanyelah sdikit dan nasi dengan kuantiti yg amat sdikit brgntung pd keperluan harian pekerjaan yg sy lkukan..makan yg sedikit,tidur yg sdikit akn membuatkan kita bnyk brfkir prkara yg positif dan sy prcaya ini adlah amalan yg mnjadikan seseorang genius didalam kehidupan..wallahhualam..hanya Allah yang mengetahui segalanya..alahamdulillahhirobbilalamin..assalammualaikum..w.b.t

Sunday, June 22, 2014

hi...pagi subuh yang hening..

selamat pagi semua..hari ni adalah hari pertama sy cuba menjadi seorang blogger..hahaha..sy rase sedikit kelainan dan ragu2 sama ada sy meminati menulis/memblogging dalam keadaan skema atau serius atau khayalan?hahaha..baiklah..sy akan cuba yg terbaik untuk menjadi seorang blogger yang terbaik dan terjujur.nantikan karya sy yang akan datang hehe....assalammualaikum..