awan malam
Tuesday, April 28, 2015
Merantau
assalammualaikum semua...malam ni saya hendak menceritakan kepada anda semua tentang merantau.apakah anda semua pernah merasa hendak merantau ke pelusuk dunia atau tempat-tempat yang tidak pernah anda pergi?pasti anda pernah mempunyai mimpi untuk merantau ke suatu tempat yang baru yang anda tidak dikenali atau pernah merasai suasananya yang menterujakan anda dan akan memberi anda satu pengalaman yang baru dan berharga.saya juga mempunyai impian dan harapan seperti itu.saya teringin sekali untuk merantau ke satu tempat yang asing yang belum saya jejaki atau merasai suasananya.saya impikan untuk menjelajah dunia bagi mengenal erti kehidupan ini dari persepsi yang berbeza.demi untuk mencapai cita-cita itu saya haruslah mengorak langkah dari masa kini agar semuanya tersusun rapi dan menjadi seperti apa yang diingini.
Friday, April 24, 2015
Assalammualaikum W.B.T semua..dalam hidup ni kita pasti pernah terperangkap dalam kekeliruan untuk membuat keputusan dikala waktu susah dan tertekan.Diwaktu ini jalan yang terbaik adalah meminta pertolongan pada Allah S.W.T agar kita dapat membuat keputusan yang betul.
kadang-kala dunia ini membuat kita keliru sama ada kita harus mengikut arus moden yang telah tercemar atau berdiri dalam kebenaran yang ia pahit untuk ditelan.
Akan tetapi ingatlah walau apapun yang terjadi kita harus dahulukan pandangan Allah S.W.T tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.Kerana Allah S.W.T menentukan segalanya dan yang Maha Berkuasa keatas segala-galanya dan hanya kepadanyalah kita meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan.Kerana Dialah satu-satunya tempat untuk kita berharap.
Dialah yang sentiasa ada untuk hamba-hambanya tidak kira masa dan tempat.ingatlah kita harus sentiasa berpegang teguh kepada kebenaran meskipun ia akan mengancam kedudukan atau kepentingan kita didunia.Kerana kebenaran akan membawa kepada kebaikan,manakala kemungkaran akan membawa kepada kehancuran dan penyesalan....Allahhuakkbar!!!

Monday, April 20, 2015
TERDESAK
Assalammualaikum w.b.t semua.siapa diantara anda yang pernah rasa terdesak dalam hidupnya?dalam satu saat dalam hidup seorang manusia pasti pernah berasa amat terdesak yang mungkin disebabkan oleh persekitaran,keadaan sekeliling,masalah keluarga,kewangan dan sebagainya.
pada ketika saat itu tiba pasti kita berasakan dunia ini seakan-akan amat sempit dan susah.keadaan itu menyebabkan seseorang mungkin hilang pertimbangan dan melakukan perkara-perkara yang mungkin akan menjerumuskan diri kepada penyesalan.
namun sedarkah kita ketika berlalunya masa terdesak kita berasa lega,senang dan lapang seakan-akan satu kelapangan dan kelegaan dan membuat kita rasa bersyukur kepadaNya yang telah melindungi hambanya selama ini.pada anada semua yang berada diluar sana yang mungkin sedang merasakan kesusahan atau sedang diduga JANGAN SEKALI-KALI PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T yakinlah kepadanya kerana setiap yang kita hilang pasti akan digantikan oleh Allah S.W.T dengan sesuatu yang lebih baik.dalam kita tidak sedar mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita.
dansesuatu yang kita tidak suka itulah yang baik sebenarnya untuk kita.sedangkan kita tidak mengetahuinya.ingatlah bahawa Allah S.W.T yang Mahabijaksana,Mahamengetahui segala-galanya.yakinlah pada Allah S.W.T keatas segala-galanya dan bertakwalah kepadaNYA serta bersyukur diatas segala kurniaan yang ia telah berikan.
kerana Allah S.W.T akan menambah nikmatNYA kepada hamba-hambanya yang bersyukur..syukurlah wahai saudaraku..masanya telah tiba bagi orang-orang beriman untuk kusyuk mengingati tuhaNYA.dan ingat JANGAN SEKALI-KALI PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T

Thursday, November 6, 2014
AMARAH
Assalammualaikum W.B.T semua..kemarahan..siapa disini pernah merasa marah?kemarahan atau marah atau berasa hilang kawalan dalam menimbang sesuatu hal akibat dari api kemarahan atau gangguan emosi marah yang berlebihan sehingga menjejaskan pertimbangan dan menyebabkan keluarnya perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan.munkin dikala ketika marah kita tidak mampu mengawal perbuatan,pertimbangan dan perkataan kita.tanpa kita sedari kita telah mengeluarkan atau melakukan sesuatu yang akan menyebabkan kita mnyesal dikemudian hari.amarah adalah adalah sifat yang tidak baik namun bergantung kepada sekala dan juga perkara dan atas dasar apa kemarahan atau amarah itu terjadi.pada pendapat saya amarah dan marah itu perlu ada dalam diri seseorang namun bergantung dan melihat kepada apa dan bagaimana keadaan itu memerlukan dan perlukah kita marah sehingga membuat sesuatu yang diluar norma manusia seperti melakukan sesuatu atau mengatakan sesuatu yang akan mengguris hati dan perasaan atau memudaratkan seseorang lain.itu adalah salah dan amarah seperti itu adalah amarah yang tidak patut ada dalam diri kita.amarah yang dimaksudkan disini adalah amarah dan benci akan sesuatu hanya didalam hati seperti marah dan benci melihat perlakuan manusia yang telah sifat perikemanusiaanya yang membunuh tanpa sebab,mendera,menyeksa dan menindas dengan zalim keatas umat ISLAM di seluruh dunia ini yang semakin hari semakin kejam dan bersifat kebinatangan terhadap nyawa yang tidak berdosa.
Monday, August 18, 2014
Alhamdulillahhirobbilalamin....
segala pujian hanya bagi Allah S.W.T tuhan seluruh alam yang telah memberikan saya petunjuk pada pagi ini dan telah mengizinkan hambanya ini untuk memujiNYA.sedang saya melayari2 laman social saya telah terjumpa dengan video seorang ustaz bercerita tentang kehilangan surah didalam Al-Quran yang terjadi ditempat-tempat di malaysia.apa yang mengejutkan adalah setiap surah yang hilang adalah surah Al-Kahfi iaitu surah yang boleh melindungi kita dari fitnah dajal dengan izin Allah S.W.T.ustaz itu menasihat agar sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan bacaan sepuluh ayat terawal surah Al-Kahfi iaitu ayat 1-10 dan sepuluh ayat terakhir iaitu ayat 100-110 surah Al-Kahfi agar dapat melindungi kita dari fitnah dajal di zaman akhir zaman ini,dengan ini saya sebagai hamba Allah S.W.T dan saudara sesama Islam anda menyampaikan agar sudah tiba masanya kita sedar dan mulalah beramal sebelum terlambat.moga-moga kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dengan rahmat Allah S.W.T di akhir zaman ini.assalammualaikum w.b.t.....
Thursday, July 24, 2014
Khamis
assalammualaikum W.b.t semua..hari ni hari khamis,,,mungkin ramai diantara anda tertanya2 apakah title khamis membawa maksud?anda pasti masih ingat diwaktu kecil ketika sampai hari khamis ramai diantara kita akan pergi ke masjid tidak sabar untuk menemui teman2 dan menjamah juadah yang ada dihari khamis,khamis adalah malam jumaat..malam diamana ketika kecil amat saya nanti-nantikan malam jumaat kerana pada keesokan harinya adalah hari jumaat maknanya sudah dekat pada cuti hujung minggu.. :)kini hari khamis membawa erti yang baru didalam hidup saya...sedar tidak sedar sudah puluh tahun telah berlalu...dalam sekelip mata masa yang berlalu dirasakan amat pantas sekali..apa2pun sy ingin mengucapkan kepada anda semua..selamat menyambut bulan ramadhan dan syawal yang bakal tiba,bai mereka yang sudah pulang kekampung halaman berhati2 lah dijalan raya jangan lupa untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan.semoga dengan masa yang berlalu pantas ini memberi manfaat kepada kita untuk menjadi insan yang berguna dan lebih baik dimasa ak
an datang.
an datang.
Tuesday, July 8, 2014
kehidupan
Assalammualaikum W.B.T semua..harap anda semua berada dalam keadaan baik dan sihat hendaknya..saya pasti ramai dikalangan anda tertanya-tanya apakah perkara yang paling baik dalam kehidupan ini?adakah berupa wang?nama dan pangkat ataupun darjat?apa yang saya rasakan adalah kehidupan yang bahagia dan selesa...apa itu kehidupan yang bahagia dan selesa?mungkin ramai diantara kita yang mengiginkan harta,kekayaan kesenangan namun itulah bukanlah kehidupan yang terbaik.pada saya kehidupan yang terbaik adalah apabila kita bersyukur dan berasa senang dengan apa yang kita ada tanpa perlu mengharapkan atau meminta minta dari sesiapa selainNya kerana dialah yang maha kaya,maha berkuasa,maha pemurah dan maha penyayang.jadi untuk apa kita kejarkan apa yang didunia ini dengan menggadaikan apa yang bakal kita terima nanti.bukankah hidup sederhana itu lebih baik?pada saya semakin kurang saya ada semakin banyak yang saya peroleh.saya sentiasa berpegang pada perinsip tidak perlu memiliki apa yang kita ingini,tetapi penuhilah apa yang kita perolehi...
Subscribe to:
Posts (Atom)