Monday, April 20, 2015

TERDESAK

Assalammualaikum w.b.t semua.siapa diantara anda yang pernah rasa terdesak dalam hidupnya?dalam satu saat dalam hidup seorang manusia pasti pernah berasa amat terdesak yang mungkin disebabkan oleh persekitaran,keadaan sekeliling,masalah keluarga,kewangan dan sebagainya.

pada ketika saat itu tiba pasti kita berasakan dunia ini seakan-akan amat sempit dan susah.keadaan itu menyebabkan seseorang mungkin hilang pertimbangan dan melakukan perkara-perkara yang mungkin akan menjerumuskan diri kepada penyesalan.

namun sedarkah kita ketika berlalunya masa terdesak kita berasa lega,senang dan lapang seakan-akan satu kelapangan dan kelegaan dan membuat kita rasa bersyukur kepadaNya yang telah melindungi hambanya selama ini.pada anada semua yang berada diluar sana yang mungkin sedang merasakan kesusahan atau sedang diduga JANGAN SEKALI-KALI PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T yakinlah kepadanya kerana setiap yang kita hilang pasti akan digantikan oleh Allah S.W.T dengan sesuatu yang lebih baik.dalam kita tidak sedar mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita.

dansesuatu yang kita tidak suka itulah yang baik sebenarnya untuk kita.sedangkan kita tidak mengetahuinya.ingatlah bahawa Allah S.W.T yang Mahabijaksana,Mahamengetahui segala-galanya.yakinlah pada Allah S.W.T keatas segala-galanya dan bertakwalah kepadaNYA serta bersyukur diatas segala kurniaan yang ia telah berikan.

kerana Allah S.W.T akan menambah nikmatNYA kepada hamba-hambanya yang bersyukur..syukurlah wahai saudaraku..masanya telah tiba bagi orang-orang beriman untuk kusyuk mengingati tuhaNYA.dan ingat JANGAN SEKALI-KALI PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment