Friday, April 24, 2015

Assalammualaikum W.B.T semua..dalam hidup ni kita pasti pernah terperangkap dalam kekeliruan untuk membuat keputusan dikala waktu susah dan tertekan.Diwaktu ini jalan yang terbaik adalah meminta pertolongan pada Allah S.W.T agar kita dapat membuat keputusan yang betul.

kadang-kala dunia ini membuat kita keliru sama ada kita harus mengikut arus moden yang telah tercemar atau berdiri dalam kebenaran yang ia pahit untuk ditelan.

Akan tetapi ingatlah walau apapun yang terjadi kita harus dahulukan pandangan Allah S.W.T tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.Kerana Allah S.W.T menentukan segalanya dan yang Maha Berkuasa keatas segala-galanya dan hanya kepadanyalah kita meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan.Kerana Dialah satu-satunya tempat untuk kita berharap.

Dialah yang sentiasa ada untuk hamba-hambanya tidak kira masa dan tempat.ingatlah kita harus sentiasa berpegang teguh kepada kebenaran meskipun ia akan mengancam kedudukan atau kepentingan kita didunia.Kerana kebenaran akan membawa kepada kebaikan,manakala kemungkaran akan membawa kepada kehancuran dan penyesalan....Allahhuakkbar!!!

No comments:

Post a Comment